| Mata Pelajaran dan Kelas : | Dunia Sains dan Teknologi / Tahun 2 |
| Tema/ Tajuk : | Sains Hayat /Haiwan |
| Masa : | 8.40 pg hingga 9.40 pg (60 minit) |
| Standard Kandungan: | Sains Hayat 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup. |
| Standard Pembelajaran | 2.1.3 Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan. 2.1.4 Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan. 2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. |
| Objektif pembelajaran | Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1) Menamakan 5 jenis haiwan dengan makanan yang dimakan. 2) Mengelaskan 5 jenis haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan. |
| Aktiviti: | Aktiviti 1 1. Guru menunjukkan arnab dan beberapa jenis makanan di dalam kelas. (Nota : Guru boleh menggantikan haiwan lain mengikut keadaan) 2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang arnab tersebut. Contoh: Guru : Bagaimana kamu memastikan arnab ini terus hidup? Murid : Saya beri makan dan minum, cikgu . Guru : Apakah makanan yang sesuai untuk arnab? Murid : Lobak,sayur,ikan,kacang,cikgu. Guru : Eksperimen (guru meletakkan beberapa jenis makanan seperti lobak, sayur, ikan, kacang,nasi.) Murid : Murid melihat. 3. Guru membuat kesimpulan hasil eksperimen di atas dan guru membimbing murid untuk memberi contoh haiwan lain dan makanan yang dimakan menggunakan persembahan video. 4. Murid menjawab Lembaran Kerja 1. Aktiviti 2 1. Guru mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan. Guru membawa murid keluar dari bilik darjah dan menuju ke kawasan lapang di sekitar sekolah untuk menjalankan satu aktiviti. 2. Guru membawa murid melihat haiwan-haiwan di sekitar kawasan lapang . 3. Murid menamakan haiwan dan menyatakan makanan yang dimakan dengan bimbingan guru. Contohnya, rama-rama makan tumbuhan, belalang makan tumbuhan ,burung makan tumbuhan dan haiwan dan katak makan haiwan sahaja. 4. Guru membuat kesimpulan tentang tajuk pelajaran. 5. Murid menjawab Lembaran Kerja 2,3 dan 4. (Pengelasan haiwan mengikut makanan) |
| Elemen Merentas Kurikulum (EMK): | TMK, Kreativiti 1.1.1-penggunaan deria , 1.2.3- mengumpul maklumat Keusahawanan |
| Bahan Bantu Belajar | 1. Arnab (atau sebarang haiwan peliharaan yang sesuai) 2. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran. 3. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan. 4. Lembaran Kerja 4 = Pengayaan |
| Penilaian pengajaran dan pembelajaran: | Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2. |
| Aktiviti Pemulihan | 1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3. |
| Aktiviti Pengayaan | 1. Murid menjawab Lembaran Kerja 4. |
| Refleksi: | |
Friday, 2 December 2011
PEMAKANAN HAIWAN
KEPERLUAN ASAS HAIWAN
| Mata Pelajaran dan Kelas : | Dunia Sains dan Teknologi / Tahun 2 |
| Tema/ Tajuk : | Haiwan |
| Masa : | 8.40 pg hingga 9.40pg(60minit) |
| Standard Pembelajaran: | 2.1 - 2.1.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan. 2.1.2 Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan. 2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan |
| Objektif Pembelajaran: | Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
|
| Aktiviti: | Aktiviti 1 2. Murid-murid diarahkan mencari seberapa banyak haiwan yang tersembunyi dalam masa dua minit. 3. Murid yang dapat menyenaraikan nama haiwan terbanyak akan diberi hadiah. Aktiviti 2 Guru : Apakah yang sedang dilakukan oleh monyet ? Murid : Monyet sedang makan buah betik. Guru : Mengapakah rusa minum air ? Murid : Rusa minum air kerana ia dahaga. Guru : Apakah yang sedang dilakukan oleh tupai ? Murid : Tupai menuju ke lubang pokok Guru : Kenapakah ikan itu timbul di permukaan air ? Murid : Ikan timbul untuk bernafas. 2. Guru membimbing murid untuk menyatakan keperluan asas untuk haiwan Aktiviti 3 1. Guru membawa murid keluar kelas dan dibahagikan kepada empat kumpulan. 2. Guru wujudkan empat stesen dan melabelkannya 1. Stesen A – Tempat perlindungan 2. Stesen B – Makanan 3. Stesen C – Air 4. Stesen D – Udara 3. Guru menyatakan cara-cara permainan. Murid perlu melakukan aktiviti disetiap stesen. 1. Stesen A – Meletakkan kedua-dua tangan diatas kepala sambil mencari tempat perlindungan 2. Stesen B – Melakukan isyarat “ LAPAR” 3. Stesen C – Melakukan isyarat “ DAHAGA” 4. Stesen D – Melakukan senaman pernafasan. 4. Guru meniupkan wisel untuk menunjukkan pertukaran stesen sehingga tamat kempat-empat kumpulan melakukan aktiviti di setiap stesen. Aktiviti 4. 1. Murid melengkapkan lembaran kerja di dalam kelas. |
| Elemen Merentas Kurikulum (EMK): | Kreativiti 1.1.2, 2.1.4, 3.1.2 & 4.1.1 |
| Bahan Bantu Belajar | 4. Kad-Kad stesen |
| Penilaian pengajaran dan pembelajaran: | Melengkapkan lembaran kerja. |
| Refleksi: | |
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARA MENJAWAB SOALAN HIPOTESIS
SOALAN BAHAGIAN B
ALAM SEMESTA
TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B
CONTOH KAJIAN TINDAKAN
Proposal kajian tindakan
View more documents from abdol rahim
