Friday 2 December 2011

PEMAKANAN HAIWAN


Mata Pelajaran dan Kelas :
Dunia Sains dan Teknologi  / Tahun 2


Tema/ Tajuk :
Sains Hayat /Haiwan

Masa :  
8.40 pg hingga 9.40 pg (60 minit)

Standard
Kandungan:

Sains Hayat
2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.
Standard
Pembelajaran

2.1.3
Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
2.1.4
Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.  
2.1.7
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Objektif pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1)      Menamakan 5 jenis haiwan dengan makanan yang dimakan.
2)      Mengelaskan 5 jenis haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan
              tumbuhan.
Aktiviti:
Aktiviti 1
 
1.       Guru menunjukkan arnab dan beberapa jenis makanan di dalam kelas.
(Nota : Guru boleh menggantikan haiwan lain mengikut keadaan)

2.       Guru bersoaljawab dengan murid tentang arnab tersebut.
Contoh:
Guru    : Bagaimana kamu memastikan arnab ini terus hidup?

Murid  : Saya beri makan dan minum, cikgu .

Guru   : Apakah makanan yang sesuai untuk arnab?

Murid : Lobak,sayur,ikan,kacang,cikgu.

Guru   :  Eksperimen (guru meletakkan beberapa jenis makanan seperti lobak,
                sayur, ikan, kacang,nasi.)

Murid  : Murid melihat.

3.       Guru membuat kesimpulan hasil eksperimen di atas dan guru membimbing murid untuk memberi contoh haiwan lain dan makanan yang dimakan menggunakan persembahan video.  

4.       Murid menjawab Lembaran Kerja 1.

Aktiviti 2

1.       Guru  mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan. Guru membawa murid keluar dari bilik darjah dan menuju ke  kawasan lapang  di sekitar sekolah untuk menjalankan satu  aktiviti.

2.       Guru membawa murid melihat haiwan-haiwan di sekitar kawasan lapang .  

3.       Murid menamakan haiwan dan menyatakan makanan yang dimakan dengan bimbingan guru. Contohnya, rama-rama makan tumbuhan, belalang makan tumbuhan ,burung makan tumbuhan dan haiwan dan katak makan haiwan sahaja.

4.       Guru membuat kesimpulan tentang tajuk pelajaran. 

5.       Murid menjawab Lembaran Kerja 2,3 dan 4. (Pengelasan haiwan mengikut makanan)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
TMK, Kreativiti 1.1.1-penggunaan deria , 1.2.3- mengumpul maklumat
Keusahawanan

Bahan Bantu Belajar
1.  Arnab (atau sebarang haiwan peliharaan yang sesuai)
2.  Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran.
3.  Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.
4.  Lembaran Kerja 4 = Pengayaan

Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2.  

Aktiviti
Pemulihan
1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3.

Aktiviti
Pengayaan

1. Murid menjawab Lembaran Kerja 4.

Refleksi:

No comments:

Post a Comment

CARA MENJAWAB SOALAN HIPOTESIS

SOALAN BAHAGIAN B

ALAM SEMESTA

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

CONTOH KAJIAN TINDAKAN

RANTAI MAKANAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...