Matapelajaran | Dunia Sains dan Teknologi (Sains) |
Kelas | 2A |
Tema | Manusia |
Masa | 8:00 pagi – 9:00 pagi |
Standard Kandungan | 1.1 Memahami manusia mempunyai keperluan asas untuk hidup |
Standard Pembelajaran | 1.1.3, 1.1.6 |
Objektif Pembelajaran | Pada akhir pelajaran murid dapat: 1. menyatakan 3 contoh makanan yang memberi tenaga, 3 contoh makanan yang membantu tumbesaran dan 3 contoh makanan yang membantu menjaga kesihatan. 2. menjawab dua soalan berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap hasil tugasan yang telah dipamer. |
Aktiviti P&P | 1. Seorang murid melakonkan aksi kecergasan (jogging) dan seorang lagi berjalan dengan keadaan letih dan lesu. 2. Guru bertanya kenapakah dua orang murid ini dalam keadaan yang berbeza. - Seorang sihat dan bertenaga - Seorang lagi tidak bertenaga 3. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran - Makanan dapat memberi tenaga, membantu tumbesaran, dan membantu menjaga kesihatan. 4. Guru memberi penerangan tentang makanan yang: - Dapat memberi tenaga - Membantu tumbesaran - Membantu menjaga kesihatan 5. Guru meminta murid menyatakan contoh-contoh makanan yang lain bagi setiap kumpulan di atas. 6. Guru memberi tugasan bagi setiap kumpulan murid. - Ketua kumpulan mengambil tugasan daripada guru. a) Bekas yang mengandungi dua keping roti b) Bekas yang mengandungi dua keping roti dan salad c) Bekas yang mengandungi dua keping roti dan sardin d) Bekas yang mengandungi dua keping roti, sardin dan tomato e) Bekas yang mengandungi dua keping roti, sardin, tomato dan salad. 7. Murid diminta menyelesaikan tugasan dalam 15 minit. 8. Guru meminta wakil kumpulan untuk menyatakan kumpulan makanan pada tugasan kumpulan mereka. - Guru membimbing murid untuk membuat penerangan. 9. Guru meminta ketua kumpulan untuk mempamerkan hasil tugasan. 10. Guru meminta murid membuat pemerhatian dan bersoal jawab dengan murid. a) Antara 5 sandwich ini manakah yang menarik? b) Seandainya dijual, manakah sandwich yang akan dibeli? 11. Guru membimbing murid membuat rumusan tentang topik hari ini. 12. Guru memberi lembaran kerja untuk dinilai. |
EMK | Keusahawaan, kreativiti( 1.1.1,1.1.2, 1.1.3, 1.2.1 dan 1.2.2) |
BBM | Roti, sardin, salad, tomato, telur dan lembaran kerja |
Thursday, 1 December 2011
CONTOH PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2 PEMAKANAN MANUSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARA MENJAWAB SOALAN HIPOTESIS
SOALAN BAHAGIAN B
ALAM SEMESTA
TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B
CONTOH KAJIAN TINDAKAN
Proposal kajian tindakan
View more documents from abdol rahim
No comments:
Post a Comment