Friday 2 December 2011

KEPERLUAN ASAS HAIWAN

Mata Pelajaran dan Kelas :
Dunia Sains dan Teknologi  / Tahun 2


Tema/ Tajuk :
Haiwan

Masa :  
8.40 pg hingga 9.40pg(60minit)

Standard
Pembelajaran:

2.1  -
2.1.1 
Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan
tempat perlindungan.
2.1.2 
Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
2.1.7
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan

Objektif
Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

  • Menyenaraikan keperluan asas haiwan dalam lembaran kerja yang diberi.
  • Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan secara lisan.

Aktiviti:
Aktiviti 1
 
1.       Guru menunjukkan gambar haiwan tersembunyi .

2.       Murid-murid diarahkan mencari seberapa banyak  haiwan yang tersembunyi  dalam masa dua minit.

3.       Murid yang dapat menyenaraikan nama haiwan terbanyak akan diberi hadiah.


Aktiviti 2

1.       Berdasarkan gambar kedua guru bersoal jawab dengan murid . contoh

Guru    : Apakah yang sedang dilakukan oleh monyet ?

Murid  : Monyet sedang makan buah betik.

Guru   : Mengapakah rusa minum air ?

Murid : Rusa minum air kerana ia dahaga.

Guru   : Apakah yang sedang  dilakukan oleh tupai ?

Murid  : Tupai menuju  ke lubang pokok

Guru   : Kenapakah ikan itu timbul di permukaan air ?

Murid  : Ikan timbul untuk bernafas.

2.       Guru membimbing murid untuk menyatakan keperluan asas untuk haiwan
             hidup adalah makanan, air, udara dan tempat perlindungan secara lisan.


Aktiviti 3

1.       Guru membawa murid keluar kelas dan dibahagikan kepada empat kumpulan.
2.       Guru wujudkan empat stesen dan melabelkannya
1.     Stesen A – Tempat perlindungan
2.     Stesen B – Makanan
3.     Stesen C – Air
4.     Stesen D – Udara

3.       Guru menyatakan cara-cara permainan.
Murid perlu melakukan aktiviti disetiap stesen.

1.     Stesen A – Meletakkan kedua-dua tangan diatas kepala sambil
                    mencari  tempat perlindungan

2.     Stesen B – Melakukan  isyarat  LAPAR
3.     Stesen C – Melakukan  isyarat  DAHAGA

4.     Stesen D – Melakukan  senaman pernafasan.

      4.  Guru meniupkan wisel untuk menunjukkan pertukaran stesen sehingga
           tamat kempat-empat kumpulan melakukan  aktiviti di setiap stesen.

Aktiviti 4.

1.       Murid melengkapkan lembaran kerja di dalam kelas.


Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Kreativiti
1.1.2, 2.1.4, 3.1.2 & 4.1.1
Bahan Bantu Belajar
1.       Gambar tersembunyi
2.       Lembaran kerja 1
3.       Lembaran kerja 2
4.       Kad-Kad stesen

Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
Melengkapkan lembaran kerja.

Refleksi:


No comments:

Post a Comment

CARA MENJAWAB SOALAN HIPOTESIS

SOALAN BAHAGIAN B

ALAM SEMESTA

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

CONTOH KAJIAN TINDAKAN

RANTAI MAKANAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...