Topik | Manusia |
Ringkasan | Melalui topik ini, murid akan memahami kepentingan kepelbagaian makanan kepada manusia. |
Standard Kandungan | Sains Hayat 1.1 Memahami manusia mempunyai keperluan asas untuk hidup. |
Standard Pembelajaran | 1.1.4 Menaakul kepentingan pelbagai jenis makanan kepada manusia. 1.1.5 Mencadangkan satu hidangan makanan dan menerangkan mengapa makanan tersebut dipilih. 1.1.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. |
Objektif Pembelajaran | I. Menamakan sekurang kurangnya 3 jenis makanan yang membantu tumbesaran. II. Menamakan sekurang-kurangya 3 jenis makanan yang menjamin kesihatan. III. Menamakan sekurang kurangnya 3 jenis makanan yang memberi tenaga. IV. Menyatakan kepentingan pelbagai jenis makanan. |
Tempoh | 60 minit |
Bahan bantu mengajar | 1. Paparan ‘MS Word’ yang mengandungi gambar-gambar makanan. 2. Paparan ‘MS Word’ menunjukkan peringkat tumbesaran, aktiviti kecergasan dan kesihatan. 3. Lembaran Kerja 1. 4. Lembaran Kerja 2. |
Aktiviti | Aktiviti 1 1. Guru membawa murid ke kantin sekolah. 2. Guru menunjukkan pelbagai jenis makanan yang telah dihidangkan di kantin sekolah. 3. Murid memilih/menyatakan jenis makanan yang berkhasiat secara lisan. 4. Guru menjelaskan kepelbagaian jenis makanan memberikan zat-zat penting kepada tubuh badan. a. Apakah yang berlaku sekiranya kita tidak makan? b. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita mengambil makanan yang tidak berzat? c. Apakah kepentingan zat-zat makanan kepada tubuh badan? |
Aktiviti 2 2. Guru menerangkan jenis-jenis makanan dan zat-zat makanan yang terdapat dalam paparan yang ditunjukkan. 3. Guru menunjukkan paparan peringkat tumbesaran, aktiviti kecergasan dan tentang kesihatan dengan menggunakan ‘MS Word’. 4. Guru membimbing murid menyatakan kepentingan makanan bagi setiap paparan yang ditunjukkan. 5. Murid diminta menyenaraikan satu hidangan makanan mengikut kepentingan berdasarkan paparan yang telah ditunjukkan tadi secara lisan. 6. Guru membuat perbincangan dengan murid berkaitan hidangan makanan yang telah dipilih tadi. a. Adakah makanan yang dipilih tadi mengandungi zat-zat yang diperlukan tubuh? b. Adakah makanan yang dipilih dapat memberi tenaga, membantu tumbesaran dan membantu menjaga kesihatan? | |
EMK | TMK |
Pentaksiran | Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2. |
Aktiviti Pemulihan | Lembaran Kerja 1 dan 2 |
Aktiviti Pengayaan | Lembaran Kerja 1 dan 2 |
Standard Prestasi | 1.1.4 – B5 D1 E1, 1.1.5 – B6 D1 E1 |
Friday, 2 December 2011
KEPENTINGAN MAKANAN KEPADA MANUSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARA MENJAWAB SOALAN HIPOTESIS
SOALAN BAHAGIAN B
ALAM SEMESTA
TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B
CONTOH KAJIAN TINDAKAN
Proposal kajian tindakan
View more documents from abdol rahim
No comments:
Post a Comment