Saturday 10 December 2011

SIMULASI GERHANA BULAN


Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan dengan mata anda sendiri mengenai keajaiban dunia....Gerhana Bulan Penuh yang akan berlaku malam ini. Marilah kita menyaksikan bagaimana Gerhana Bulan berlaku. Kepada pelajar-pelajar cikgu khususnya pelajar tahun 5, sebelum ini kita belajar secara teori sahaja....tetapi hari ini kita akan lihat dan belajar secara nyata bagaimana gerhana bulan berlaku. Begitu indahnya ciptaan Allah swt......dan kita harus mensyukuri segala nikmat dan ciptaan-Nya.

Tuesday 6 December 2011

MAKRO PENGAJARAN SAYA


Akhirnya siap juga saya memuat naik video ini untuk tatapan umum. Agak sukar juga untuk memuat naik video ini kerana ianya memakan masa yang agak lama. Ini mungkin disebabkan kekurangan dari pihak saya yang baru pertama kali memuat naik fail video yang besar. Pelbagai cara dan bantuan dari rakan-rakan yang saya gunakan untuk memuat naik video ini. Maka akhirnya video ini telah selamat saya memuat turun di dalam blog ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan, video pengajaran ini merupakan salah satu tugasan saya untuk modul KPD 3026. Syukur ke hadrat Allah swt, kerana di atas limpah dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dan terpulang kepada pensyarah untuk membuat penilaian.
Sesi pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar Taiping iaitu SK Ngah Ibrahim. Dalam sesi ini, saya mengajar subjek Sains bagi pelajar-pelajar dari tahun 2. Pada kali ini, topik pengajaran saya ialah Pergerakan Haiwan. Suasana pengajaran amat menyeronokkan. Pelajar-pelajar pula sentiasa aktif dan berkerjasama sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Mereka bergitu gembira.

Monday 5 December 2011

MIKRO PENGAJARAN SAYA


Klip video ini merupakan mikro pengajaran yang telah saya jalankan dengan tujuan melihat kekuatan dan memperbaiki kelemahan saya semasa mengajar. Ia juga bertujuan bagi memenuhi kehendak soalan tugasan KPD 3026 yang telah diberikan kepada saya untuk dilaksanakan. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan di bilik pemulihan kerana ketika sesi ini diadakan, kelas telah digunakan bagi tujuan Sambutan Hari Anugerah yang akan diadakan tidak lama lagi. Dalam sesi ini, saya telah mengajar murid-murid tahun 2 seramai 12 orang mengenai topik " Pergerakan Haiwan " dalam subjek Sains.
Diharap paparan klip video ini dapat memberi sedikit manfaat bagi sesiapa sahaja yang menontonnya. Pendapat mahupun komen yang membina amatlah dialu-alukan bagi tujuan memperbaiki kelemahan diri.

Sunday 4 December 2011

BAHAN PEMBELAJARAN


SISTEM SURIA DAN ANGKASA LEPAS


BULAN


ALAT CIPTAAN


PERALATAN TENAGA ELEKTRIK


KESAN DAN PUNCA RUMAH HIJAU


CAHAYA DAN WARNA

ASAS KIMIA

 SISTEM SOLAR


SISTEM SURIA DAN SEL SURIA


PLASTIK DAN TEKNOLOGI SAINS

SERONOKNYA EKSPERIMEN SAINS 2


BUNGA PUTIH BERUBAH WARNA


LETUSAN GUNUNG BERAPI


FUNGSI TEKANAN


PELBAGAI EKSPERIMEN

MENARIKNYA EKSPERIMEN SAINS



BAGAIMANA TERJADINYA ANGIN


PEMBIASAN DAN PANTULAN CAHAYA


MEMBUAT PERANGKAP LALAT


EKSPERIMEN PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN


ELEKTROMAGNETIK


LETUSAN GUNUNG BERAPI

SERONOKNYA EKSPERIMEN SAINS


TUKARKAN AIR KEPADA AIS DENGAN CEPAT


TUKARKAN AIR KEPADA PELBAGAI BENTUK AIS


MELIHAT AIR TERBAKAR


BAGAIMANA INGIN MEMBUAT BEBOLA AIR


MENGHASILKAN KUASA BATERI DENGAN MENGGUNAKAN LEMON


INGIN MENCUBA MEMBUAT LOLIPOP

EKSPERIMEN PEMBENTUKAN PELANGI


CONTOH 1


CONTOH 2


CONTOH 3

SOALAN TAHUN 4 ( BAHASA INGGERIS )

SOALAN TEMA 1 TAHUN 4

SOALAN TEMA 2 TAHUN 4

SOALAN TEMA 3 TAHUN 4

SOALAN TEMA 4 TAHUN 4

SOALAN TEMA 5 TAHUN 4

SKEMA JAWAPAN

Saturday 3 December 2011

BURUJ ZODIAK


BURUJ ZODIAK


BURUJ ZODIAK

STRATEGI MENGELASKAN 3 PEMBOLEH UBAH DALAM SOALAN SAINS BAHAGIAN B

1.    TAJUK                 :           Kaedah Get Closer ScRooTem dapat meningkatkan pengguasaan murid dalam mencari dan membina ayat pemboleh ubah dan merealisasikan murid celik KPS di kalangan murid tahun 4 sekali gus dapat mewujudkan Rakan Sains di kalangan mereka.

2.    PENGKAJI                      :           Pn. Nuresmalia Binti 
                                                      Ismail

3.    NAMA SEKOLAH          :           SK Ngah Ibrahim

4.    REFLEKSI KAJIAN     
Pada hujung bulan 11, 2008, permohonan saya bertukar ke negeri Perak telah diluluskan. Saya seperti tidak percaya apa yang saya lihat pada ruangan keputusan pertukaran secara online. Bukan apa, selama ini apa yang saya perolehi sering mengecewakan saya. Ayatnya berbunyi “Permohonan pertukaran anda ke negeri Perak tidak diluluskan kerana kepentingan perkhidmatan”.Tetapi sekarang tidak lagi. Hati saya berbunga riang. Tanggal 5 Januari 2009, hari pertama saya menjejakan kaki ke SK Ngah Ibrahim. Hatiku berdebar-debar seolah-olah baru pertama kali menjadi seorang guru dan bagaimanakah reaksi pihak sekolah terutamanya murid-murid di situ. Sepanjang awal sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya tidak mengalami banyak masalah.Tetapi apabila masuk minggu ke-dua, saya mula merasa tekanannya di mana kebanyakkan muridnya tidak mahir berbahasa inggeris. Betulah kata orang, Pengajaran dan pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris memberi kesan negatif yang agak mendalam bagi murid di luar Bandar. Untuk menyelesaikan masalah tersebut kaedah penyampaian dwi bahasa dan ciptaan kamus sendiri diguna pakai. Selang beberapa minggu penggunaannya, murid-murid sudah mula mahir dan berminat untuk mempelajari ilmu sains. Dalam proses tersebut,wujud pula masalah baru. Murid-murid tidak tahu bagaimana mencari dan membina ayat pemboleh ubah sedangkan mereka sudahpun mempelajari kemahiran tersebut semasa di tahun 3.Banyak sesi perbincangan bersama murid telah saya jalankan. Tetapi keputusannya amat mengecewakan saya. Oleh itu, adalah wajar saya mencari satu pendekatan untuk mengatasi masalah ini.

5.    PENYATAAN MASALAH       
Situasi ini menyebabkan saya tidak berpuas hati dan rasa terpanggil untuk mengatasi masalah tersebut. Pada pandangan saya keadaan tertekan yang tidak terkawal ini boleh mengakibatkan kesan yang negatif dalam proses pendidikan. Penggunaan alatan ICT juga tidak banyak membantu bagi mengatasi masalah ini bahkan hanya memberi  tekanan kepada guru dan pelajar itu sendiri. Ini kerana input yang diberi lebih berfokuskan kepada ilmu dan konsep sains semata-mata tetapi tidak bagi kemahiran proses sains.

6.    RASIONAL KAJIAN
6.1         Untuk mengatasi masalah kemahiran proses sains di kalangan murid.
6.2         Memotivasikan murid untuk belajar dan minat terhadap subjek sains.
6.3         Meningkatkan keyakinan diri murid dalam mengatasi sesuatu masalah.
6.4         Mewujudkan dan merapatkan lagi hubungan semasa murid dan guru.


7.    OBJEKTIF KAJIAN

7.1         OBJEKTIF UMUM
Untuk meningkatkan pengguasaan murid dalam mencari dan membina pemboleh ubah ( KPS ) dalam subjek sains. Fokus bahagian B

7.2         OBJEKTIF KHUSUS
Menggunakan istilah-istilah sains yang mudah dalam bahasa inggeris dan mengumpul maklumat dan jawapan dalam Jurnal murid.
Menggunakan pengurusan strategik, kemahiran berfikir dan masa dalam menyelesaikan masalah tugasan sepanjang aktiviti.

8.    KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid-murid darjah 4 SK Ngah Ibrahim seramai 25 orang.

9.    PERMASALAHAN DAN FOKUS KAJIAN / ANALISIS TINJAUAN MASALAH
1.    Murid kurang berminat mempelajari Sains di dalam bilk darjah.
2.    KEMAHIRAN Proses Sains ( KPS ) iaitu menentukan pemboleh ubah merupakan
“ MASTERMIND “     dalam menjawab hampir semua soalan Sains bahagian B.
3.    Tidak/kurang pandai/faham dalam mempraktikkan kaedah yang diberi oleh guru di dalam mencari dan menentukan pemboleh ubah.
4.    Tiada penggunaan kaedah yang berterusan dalam mencari pemboleh ubah, hanya apabila ada kelas Sains sahaja barulah digunakan.

10.   BATASAN KAJIAN
1.  Kajian ini terhad kepada 1 KPS sahaja iaitu mencari pemboleh ubah. Kebanyakkan murid melaksanakan kaedah ini tanpa guru. Guru hanya menjadi pemantau sahaja.
3.    Fokus dan tumpuan kepada murid pandai dan sederhana sahaja.

11. INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN

1.    Data HeadCount
2.    Borang Soal Selidik
3.    Set soalan Ujian Pra
4.    Set soalan Ujian Pos
5.    Jurnal Mentor/Protégé
6.    Data PKSR 1
7.    Set soalan Ujian Akhir


12. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan mengikut jadual pelaksanaan yang telah dirancang berlandaskan langkah-langkah yang disarankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Aktiviti yang dirancang dijalankan sama ada di dalam sesi P & P atau di luar  P & P secara tidak formal.

12.1      MERANCANG
Mengenal pasti masalah;
Untuk mengetahui punca yang berkaitan dengan masalah terbabit secara mendalam.
Pendekatan yang digunakan ;
1.    Mesyuarat bersama guru sains yang lain.
2.    Soal selidik murid
3.    Data headcount 2008 dan ujian Pra
     Data yang diperolehi dikenal pasti, dikumpul dan direkodkan untuk langkah yang  seterusnya.

12.2      BERTINDAK

Tindakan 1
Penggunaan Kaedah REDLLOW REEN dalam menentukan pemboleh ubah.
Ujian Pos – kejayaan kaedah terbabit.
Pengumpulan data

Tindakan 2
Kaedah Get Closer ScRootem
Murid yang sudah mahir menjadi mentor kepada murid yang lemah protégé ( ala program Mentor TV3)
Dijalankan dengan 2 cara
P & P – Aktiviti Round table dan Rotating Review
Dinilai selepas sesi perbentangan.
Di luar P & P – Aktiviti “ Duduk Sekali ”masa terluang, ketiadaan guru subjek dan waktu rehat
Dinilai selepas 3 kali sesi perbincangan antara mereka dan diberi ganjaran.
Set soalan bahagian B mencari pemboleh ubah

Tindakan 3
Pertandingan Ala Pop Kuiz di antara kumpulan
Fokus mencari pemboleh ubah dan soalan KPS bahagian B.
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ujian Akhir
Analisa data –  Kadar tahap pencapaian kejayaan kaedah terbabit


REFLEKSI KAJIAN

Keseluruhan pendekatan ini, merupakan satu kaedah pembelajaran secara aktif di antara responeden. Aktiviti Kajian Tindakan ini telah dapat memenuhi aspek seperti berikut :-
v  Responden telah mahir dalam mencari dan mebina ayat pemboleh ubah dengan baik.
v  Meningkatkan perolehan kemahiran Saintifik responden.
v  Memotivasikan responden untuk belajar dan minat terhadap mata pelajaran Sains.
v  Memperlihatkan sikap positif responden dalam menghadapi sebarang masalah dalam menentukan pemboleh ubah.

Manakala pencapaian responden dalam Ujian Pra, Ujian Pos dan Ujian Akhir menunjukkan peningkatan yang ketara dan konsisten. Pendekatan ini merupakan aktiviti yang dapat memenuhi hampir keseluruhan keperluan responden. Penggunaan tenaga yang tinggi dalam pergerakan bagi mencapai matlamat setiap aktiviti responden tidak menumpukan pemikiran mereka kepada perkara-perkara luar dari aktiviti yang sedang dijalankan. Pemikiran responden tertumpu kepada mencapai objektif setiap aktiviti, disamping mengejar ganjaran dan motivasi.

Setakat ini, kaedah yang telah digunakan mendatangkan kesan yang positif kepada 20 orang responden yang mengikutinya. 5 orang lagi masih di tahap yang belum dikategorikan memuaskan. Tetapi saya masih mengharapkan kaedah ini dapat membantu 5 orang responden itu. Walaupun mengambil masa yang lama. Berdasarkan data yang telah diperolehi didapati dengan menggunakan kaedah ini lebih ramai responden dapat menguasai kemahiran mencari dan menentukan pemboleh ubah daripada yang tidak menguasai. Pendapat ini jelas dapat dilihat melalui data yang telah dikumpulkan. Rujuk kepada data yang telah dikumpulkan Saya juga telah menjalankan refleksi bagi setiap langkah pelaksanaan yang dijalankan untuk menilai keberkesanan pendekatan tersebut. Data yang diperolehi disemak dan dinilai untuk membuat penambah baikan.

Melalui kajian ini juga, saya dapati pendekatan ini sebenarnya lebih menarik minat responden. Ini dapat dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti berkumpulan di mana mereka kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti tersebut. Setiap responden tidak perlu meyelesaikan sesuatu masalah pemboleh ubah itu secara bersendirian tetapi bersama-sama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Aktiviti ini juga lebih menggalakkan responden memenuhi masa yang terluang (waktu senggang) dengan perkara-perkara yang amat berfaedah.

Saya juga merasa terharu dengan sokongan daripada rakan-rakan sejawat yang banyak membantu di dalam aktiviti yang dilakukan oleh responden terutamanya apabila waktu rehat. Saya juga mendapati responden sentiasa bersikap ingin tahu untuk mencari jalan penyelesaian masalah dalam setiap penyataan eksperimen yang diberikan. Rresponden juga sanggup berkorban sedikit masa rehat mereka dengan dipenuhi aktiviti ini. Walhal pada waktu ini, responden boleh menghabiskan masa mereka dengan bermain-main bersama rakan-rakan yang lain.

SIGNIFIKAN KAJIAN

                  Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :
a.    Guru Sains digalakkan mengubahsuai kaedah pengajaran dengan pendekatan ini dalam P & P terutama bagi kumpulan murid yang lemah dan sederhana.
b.    Menggunakan kaedah perbezaan  warna dalam menguasai Kemahiran Proses Sains.
c.    Pertandingan Ala POP Kuiz diserapkan dalam Bulan Sains di sekolah
d.    Mewujudkan Kelab Rakan Sains di sekolah untuk membantu rakan-rakan yang bermasalah dalam mencari dan menentukan pemboleh ubah sekaligus secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi penguasaan responden dalam kaedah tersebut.

Hasilan daripada kajian tindakan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang amat positif dari segi minat responden dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.Semoga minat responden dalam aktiviti ini boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Sains yang menyeronokkan dan berkesan, seterusnya dapat menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan. Diharap pada masa akan datang, kaedah ini dapat diubah suai dan digabung jalinkan bersama-sama dengan kecanggihan teknologi maklumat yang semakin hari pesat membangun. Sebagai seorang guru, kejayaan anak muridnya merupakan hadiah yang tidak ternilai dan memberikan satu kepuasan yang tidak dapat diluahkan dengan ungkapan kata-kata yang indah.

FUNGSI ORGAN PERKUMUHAN

ORGAN PERKUMUHAN MANUSIA


ORGAN DAN BAHAN BUANGAN PERKUMUHAN MANUSIA


BUAH PINGGANG


PARU-PARU


KULIT


KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA


Matapelajaran & Kelas


Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Tema / Tajuk


Sains Hayat / Haiwan

Masa


60 minit

Standard Kandungan


2.1
Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup

Standard Pembelajaran


2.1.6        Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia,    tumbuhan dan haiwan lain.
2.1.7        Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan

Objektif pembelajaran
  1. Murid menyatakan 3 kepentingan haiwan kepada manusia.
  2. Murid menyatakan3 kepentingan haiwan kepada tumbuhan.
  3. Murid menyatakan 2 kepentingan haiwan kepada haiwan lain.


Aktiviti


  1. Guru menarik perhatian murid dengan menanyakan beberapa soalan

Contoh :

Guru :Apakah menu makanan tengahari yang selalu diambil?
Murid : Ikan

Guru :Mengapa perlu kamu makan ikan?
Murid : Untuk membesar

  1. Guru meneruskan aktiviti di atas dengan mengambil beberapa contoh lain yang diberi oleh murid.
  2. Guru membimbing murid membuat penyataan bahawa haiwan penting kepada manusia.
  3. Guru meminta murid mengadakan perbincangan di dalam kumpulan mengenai kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan lain.
  4. Murid membuat pembentangan atas bimbingan guru. Berdasarkan pembentangan guru membimbing murid membuat rumusan tentang
      
-          kepentingan haiwan kepada manusia
-          kepentingan haiwan kepada tumbuhan
-          kepentingan haiwan kepada haiwan lain

  1. Murid menjawab lembaran kerja.


EMK


  1. Keusahawanan
  2. Kreativit dan Inovasi ( 1.1.2, 2.1.1)


ABM

Module pengajaran, lembaran kerja, pen marker dan kertas mahjung


Penilaian P&P


Lembaran kerja 1.
Lembaran kerja 2 – Aktiviti penggayaan.
Lembaran kerja 3 – Aktiviti pemulihan

Friday 2 December 2011

TEMPAT PERLINDUNGAN HAIWAN / OH RUMAHKU

Mata Pelajaran & Kelas:
Dunia sains teknologi
Tema /Topik:
Sains hayat/Haiwan
Masa:
8.40-9.40 pagi / 60 minit
Standard Pembelajaran: 
2.1.5
Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau kayu.
2.1.7
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir P&P murid dapat :
  1. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga tempat perlindungan haiwan seperti sarang, kandang dan dalam air.
  2. Membuat pemerhatian dan mengumpulkan haiwan berdasarkan tempat perlindungan.
Aktiviti P&P:
  1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis haiwan dan tempat perlindungannya.
  2. Guru meminta murid mengenal pasti haiwan dan tempat tinggal yang ditunjukkan.
  3. Murid menjawab soalan guru berdasarkan gambar-gambar tersebut.
Contoh:
1.Guru: Haiwan apakah yang kamu lihat?
    Murid: Kambing.
2.Guru: Dimanakah haiwan ini tinggal?
Murid: Kandang, cikgu.
  1. Guru membuat pembentangan power point berkaitan haiwan dan tempat perlindungannya.
  2. Guru memberi peluang kepada beberapa murid untuk menyelesaikan aktiviti yang terdapat dalam persembahan power point tersebut.
  3. Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan bahawa haiwan perlu mempunyai tempat tinggal yang menjadi satu daripada keperluan asasnya.
  4. Murid menjawab lembaran kerja.
EMK:
Kreativiti: 1.1.1, 1.2.2
TMK
Bahan Bantu Belajar:
Perisian MS Powerpoint
Pentaksiran:
Menjawab lembaran kerja 1.
Aktiviti Pemulihan:
Menjawab lembaran kerja 2.
Aktiviti Pengayaan:
Menjawab lembaran kerja 3.

CARA MENJAWAB SOALAN HIPOTESIS

SOALAN BAHAGIAN B

ALAM SEMESTA

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

CONTOH KAJIAN TINDAKAN

RANTAI MAKANAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...